ALAM bermaksud dunia, bumi atau
segala yang terdapat di langit dan di bumi SEKITAR bermaksud di tempat atau di
sekeliling Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut
“invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu,
sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar”
adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara
khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik
atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk
juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)
Terdapat satu lagi definsi alam
sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa
ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan
terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait
dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)
Kesemua definisi yang dikemukakan di
atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena
sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini
adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya
terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang
berteraskan kepada metode emperikal.
Kepentingan alam
sekitar
Alam sekitar memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan harian kita.
dan mennyamankan. Di samping memberi
keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan
aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita
tidak dijaga dengan baik. Kepentingan-kepentingannya adalah:-
- Kesihatan manusia terjamin
- Tarikan pelancong asing
- Pembekalan udara yang segar
- Ekosistem yang stabil
- Habitat hidupan darat dan air terpelihara
- Mengelakkan kepupus
Punca-punca
Kemusnahan alam sekitar diakibatkan
oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan
sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam
sekitar. Selain itu,punca-punca lain adalah:-
- Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan
- Penebangan pokok-pokok secara berleluasa
- Pembakaran terbuka
- Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain.
- Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk
- Pembuangan sisa-sisa toksik
Kesan-kesan
Alam sekitar yang sedang mengalami
kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan hidupan tidak kira
hidupan di darat ataupun di air. Antara kesan-kesannya adalah seperti berikut:-
- Pencemaran udara dan jerebu
- Fenomena hujan asid
- Pencemaran bau
- Pencemaran air
- Kemusnahan hidupan akuatik
- Peningkatan suhu sekitar/pemanasan setempat
- Keracunan
- Hakisan tanah dan banjir
- Kesihatan terjejas
Langkah-langkah mengatasi
Teknologi yang semakin canggih
telah menghasilkan pelbagai produk menyebabkan semakin banyak
berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar menjadi mangsa; baik
di udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah
diambil untuk 'membersihkan' alam sekitar daripada pencemaran
Langkah-langkah ini dibahagikan
kepada empat tahap:
- peringkat antarabangsa
- pemerintah
- organisasi
- individu.
Di peringkat antarabangsa,
pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan
Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas
pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak
menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat
kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk
perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam.
Langkah yang kedua iaitu, pihak
pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah mengadakan berbagai
undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar.
Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan
denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang
bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya
akan disaman.
Langkah ketiga,
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat
boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus
menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di
sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling
bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam
sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok, kedai makan
dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan himpunan
untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di
tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggunjawab dalam pembuangan
sampah.
Langkah keempat, adalah kita sebagai
individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah
menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse),
menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula (
recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan
(reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar.
Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari
dunia terus dicemar.