Thursday 18 April 2013

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
1.   Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2.   Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3.   Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4.   Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5.   Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6.   Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7.   Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8.   Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9.   Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. – UTUSAN

Artikel Penuh:
http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_33/11-anjakan-dalam-Pelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia#ixzz2PK6go300
© Utusan Melayu (M) Bhd





Pelan Pembangunan Pendidikan 2


Thursday 4 April 2013

TAZKIRAH



Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan     mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
 
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah.php

MOTIVASI DIRI






Kata-kata Hikmah Motivasi Diri

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)

Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)

Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)

Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)

Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)

Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)

RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)

Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)

Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)

Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)

Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)

Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina. Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah yang mulia (Silvana)

Jika lidah selalu basah dengan dzikrullah, jika pikiran selalu tertuju pada keinginan untuk mendapat Redha Allah, maka bersiaplah untuk manisnya iman dan nikmatnya ibadah (Rudi)

Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat maka dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa)

Sebaik-baik manusia adalah yang sedikit bicara banyak berbuat kebaikan. Seburuk-buruk manusia adalah yang banyak bicara namun sedikit berbuat kebaikan (Azis)
Kita harus menyedari bahwa yang lebih berhak atas diri kita hanyalah Allah swt. Sang Khalik. Jadi tidak ada alasan bagi kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang diberikannya, apapun itu (Asih)

Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati. Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab)

Teman yang benar bukanlah teman yang selalu membenarkan perkataanmu, akan tetapi teman yang benar adalah teman yang selalu berkata benar kepadamu (Salman)

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertumpang tindih menghimpit Anda, ucapkanlah “Laa Ilaah Illallaah” (Maidi)

Hasan Al-Basri berkata : “Aku tahu rezekiku tidak dimakan orang lain, keranaNya hatiku tenang. Aku tahu amalan-amalanku tidak mungkin dilakukan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan beramal. Aku tahu Allah selalu melihatku,keranaNya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Robb-Ku”

Empat hal yang dipandang sebagai ibu : Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan. Ibu dari segala adab adalah sedikit bicara. Ibu dari segala ibadah adalah takut dosa. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar. (Key)

Kelalaian itu merupakan keburukan dan dzikrullah merupakan kemenangan. Tidak ada kebaikan dalam hidup tanpa persaudaraan kerana Allah. Kadang seseorang bisa lupa kerana harta yang dia lihat atau emas yang dia beli tetapi ia tidak akan melupakan seseorang yang dia cintai kerana Allah (Jun)

Semakin bertambah keilmuan dan kekayaan seseorang, akan makin besar pula amanah yang dibeban olehnya. Tirulah padi, semakin berisi semakin menunduk (Abdullah Ibn Adam)

Kebenaran tidak diukur dengan banyaknya orang yang mau melakukannya, namun kebenaran adalah apa saja yang mendasari Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman salafus salih (Anisya LM)

Perbanyaklah menanam kebaikan meskipun orang yang menerima kebaikan itu tidak membalas seperti yang kita tanam, pasti akan ditanam hasilnya, entah sekarang atau esok, atau mungkin jadi ladang amal di akhirat kelak (Gilang)

Manusia yang paling lemah adalah orang yang tidak mampu mencari teman. Namun yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi menyia-nyiakannya. (Ali bin Abi Thalib)

Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah (Khalil Gibran)

Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah (Abu Bakar Sibli)

Apabila kamu tidak bisa berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik (Nabi Muhammad Saw.)

Kerana manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah baginya aib dirinya. Tidak kelihatan olehnya walaupun nyata.  Kecil di pandangnya walau bagaimana pun besarnya (Jalinus At Thabib)







Wednesday 3 April 2013

BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN



Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris. Di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa yang digunakan, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan  sejak tahun 1900. Siri buku tulisan Za’ba dalam bentuk tiga jilid, iaitu Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu digunakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut, iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka (1957-1970), dan  zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).  
Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957)
Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut:
  1. Laporan Barnes 1951 – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu
  2. Laporan Fenn-Wu 1951 – menyemak pendidikan kaum Cina
  3. Ordinan Pelajaran 1952 – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan
  4. Laporan Razak 1956 – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Laporan Barnes 1951
Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford.  Cadangan jawatankuasa ini termasuklah:
  • Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian dalam Bahasa Inggeris
  • Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian; dan
  • Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama.
Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar. Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran, menggalak, merangsang, dan membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi semua kaum. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina. Ini membawa kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.
Laporan Fenn-Wu 1951
Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes. Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan. 
Ordinan Pelajaran 1952
Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara. Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negara ini. Antara lain, matlamat Penyata Pelajaran 1952 adalah:
  1. Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu.
  2. Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
  3. Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum.
Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar dan sistem pelajaran baru diwujudkan. Antara yang tercatat dalam penyata, iaitu:
  1. Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis; Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua.
  2. Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing.
  3. Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing.
Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E.E.C. Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan  "vernacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195, 2008).
Laporan Razak 1956
Pada hari 6 Mei 1956,  Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008):
  1. Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju.
  2. Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.
Selain daripada itu, jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guru-guru dan nazir-nazir sekolah. Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Mengenai Bahasa Melayu pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah. Oleh itu Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. Satu Institut Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. Bagi mengelola dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid di semua sekolah menengah, mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik.

Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu, dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan satu lagi detik bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang menuju kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai.  
Zaman Pascamerdeka (1957-1970)
Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan  Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010,  2006, ms. 17).
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 – Zaman Kemas Kini
Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956.  Pada 18 Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama sembilan orang anggota Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. Mereka ialah :
  1. Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi,
  2. Menteri Kehakiman,
  3. Tun Leong Yew Koh,
  4. Menteri Perdagangan dan Perusahaan,
  5. Encik Mohd. Khir Johari,
  6. Penolong Menteri Pelajaran,
  7. Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan,
  8. Penolong Menteri Buruh,
  9. Encik V. Manickavasagam,
  10. Senator Koh Kim Leong,
  11. Encik Mohd. Dahari Ali,
  12. Ketua Menteri Pulau Pinang,
  13. Datuk Wong Pow Nee dan
  14. Encik Abdul Ghani bin Ishak.
Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah :
  1. untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei, 1956;
  2. mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma; dan
  3. mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan latihan guru. Orang ramai, badan-badan pelajaran, dan sebagainya diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu.

Jawatankuasa ini  mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya Bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan.  Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan  menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh  Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam Bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan.  Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. Laporan ini telah:
  • Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia ; pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
    Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini  menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. Pada tahun 1980, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. Di institusi pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek: pertama, Bahasa Melayu sebagai mata kursus; kedua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai satu pengajian dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya. Penggunaan Bahasa Melayu di universiti merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam Bahasa Melayu pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam Bahasa Melayu. Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991, penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan – baik pada peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti – terlaksana dengan lancar.