Kata-kata Hikmah Motivasi Diri
Berusahalah,
jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi
paling baik. (Larry Bielat)
Manusia
cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia
lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)
Kejayaan
bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Kegagalan
bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus
asa. (Lewis Timberlane)
Tidak ada
kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak
boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)
Musuh
utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi
mental. (Dr. Shukri Abdullah)
Saya
tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak
bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)
Buatlah
apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda
berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)
Secara
semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza.
(Bidalan Cina)
Rancanglah
masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)
RAJIN itu
adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)
Rahsia
kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)
Memulakan
sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)
Kebanyakan
orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh.
(Dr. Shukri Abdullah)
Manusia
yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)
Kemahuan
adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat
melihat. (Arthur Schopenauer)
Kesusahan
yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan
senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)
Tidak ada
manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr.
Shukri Abdullah)
Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina.
Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah
yang mulia (Silvana)
Jika lidah selalu basah dengan dzikrullah, jika
pikiran selalu tertuju pada keinginan untuk mendapat Redha Allah, maka
bersiaplah untuk manisnya iman dan nikmatnya ibadah (Rudi)
Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat
maka dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa)
Sebaik-baik manusia adalah yang sedikit bicara
banyak berbuat kebaikan. Seburuk-buruk manusia adalah yang banyak bicara namun
sedikit berbuat kebaikan (Azis)
Kita harus menyedari bahwa yang lebih berhak atas
diri kita hanyalah Allah swt. Sang Khalik. Jadi tidak ada alasan bagi kita
untuk tidak bersyukur dengan apa yang diberikannya, apapun itu (Asih)
Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati.
Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi adalah
menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan
adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab)
Teman yang benar bukanlah teman yang selalu
membenarkan perkataanmu, akan tetapi teman yang benar adalah teman yang selalu
berkata benar kepadamu (Salman)
Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan
bertumpang tindih menghimpit Anda, ucapkanlah “Laa Ilaah Illallaah” (Maidi)
Hasan Al-Basri berkata : “Aku tahu rezekiku tidak
dimakan orang lain, keranaNya hatiku tenang. Aku tahu amalan-amalanku tidak
mungkin dilakukan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan beramal. Aku tahu
Allah selalu melihatku,keranaNya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan
maksiat. Aku tahu kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa
dengan Robb-Ku”
Empat hal yang dipandang sebagai ibu : Ibu dari
segala ubat adalah sedikit makan. Ibu dari segala adab adalah sedikit bicara.
Ibu dari segala ibadah adalah takut dosa. Ibu dari segala cita-cita adalah
sabar. (Key)
Kelalaian itu merupakan keburukan dan dzikrullah
merupakan kemenangan. Tidak ada kebaikan dalam hidup tanpa persaudaraan kerana
Allah. Kadang seseorang bisa lupa kerana harta yang dia lihat atau emas yang
dia beli tetapi ia tidak akan melupakan seseorang yang dia cintai kerana Allah (Jun)
Semakin bertambah keilmuan dan kekayaan seseorang,
akan makin besar pula amanah yang dibeban olehnya. Tirulah padi, semakin berisi
semakin menunduk (Abdullah Ibn Adam)
Kebenaran tidak diukur dengan banyaknya orang yang
mau melakukannya, namun kebenaran adalah apa saja yang mendasari Al-Qur’an dan
As-Sunnah dengan pemahaman salafus salih (Anisya LM)
Perbanyaklah menanam kebaikan meskipun orang yang
menerima kebaikan itu tidak membalas seperti yang kita tanam, pasti akan
ditanam hasilnya, entah sekarang atau esok, atau mungkin jadi ladang amal di
akhirat kelak (Gilang)
Manusia
yang paling lemah adalah orang yang tidak mampu mencari teman. Namun yang lebih
lemah dari itu adalah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi
menyia-nyiakannya. (Ali bin Abi Thalib)
Kita
berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam
kegembiraan besar dan rezeki melimpah (Khalil Gibran)
Hiduplah
seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan
batu, tapi membalas dengan buah (Abu Bakar Sibli)
Apabila
kamu tidak bisa berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka
berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang
baik (Nabi Muhammad Saw.)
Kerana
manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah baginya aib dirinya. Tidak kelihatan
olehnya walaupun nyata. Kecil di pandangnya walau bagaimana pun besarnya (Jalinus At Thabib)
No comments:
Post a Comment