Wednesday 3 April 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Bahasa MelayuFalsafah Pendidikan Kebangsaan 1988
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diriserta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuranmasyarakat dan negara.”

Perkembangan potensi individu

Potensi merupakan bakat dan keupayaan yang dianugerahkan Tuhan kepadaseseorang individu. Potensi meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmaniyang perlu dicungkil, dikembang dan ditingkatkan ke tahap yang cemerlang melaluipendidikan berkualiti.Unsur intelek meliputi ciri-ciri seperti berupaya membaca, menulis dan mengira.Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan. Berkemampuan untuk mengembangkandaya pemikiran agar dapat menaakul, mencerakin, menghurai, merumus danmengemukakan usul-usul yang terbaik secara kritis dan kreatif. Berupayamenggunakan ilmu yang diperoleh serta membantu orang lain mendapat manfaatdaripadanya.Kurikulum Bahasa Melayu lebih menekankan terhadap perkembangan kemahiranberfikir secara kreatif dan kritis. Sebagai contoh memperkembang daya imaginasi,kreativiti, pemikiran kritis melalui kemahiran-kemahiran bahasa. Selain itu, KurikulumBahasa Melayu membentuk individu yang mampu menghasilkan pelbagai jenispenulisan kreatif dan berunsur ilmiah. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
 
Apabila ke sekolah, kanak-kanak akan memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dandipupuk nilai-nilai murni. Selain itu, bakat dan potensi terus dikembangkan. Proses iniberterusan sepanjang tempoh persekolahan pelajar berkenaan dan sepanjang hayat.Dengan kata lain, pendidikan seumur hidup akan terus dititikberatkan sebagaimanayang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi kemahiran bahasa, iaituKemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis.Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasaMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untukpembelajaran seumur hidup.
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran masyarakat dan negara.
Rakyat yang dimaksudkan akan menonjolkan ciri-ciri seperti sentiasa berusahamengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan kaum serta amalan nilai-nilai murniseperti bekerjasama, tolong-menolong, berbelas kasihan, bertimbang rasa, hormat-menghormati dan bertoleransi.

Berusaha ke arah peningkatan kehidupan berkualitimelalui penggunaan sains dan teknologi yang canggih. Menghayati prinsip-prinsipRukun Negara, mematuhi undang-undang dan mempertahankan perlembagaan.Mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara yang kuat. Rakyat yang relaberbakti dan berkorban untuk agama, bangsa dan negara.Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyatdi Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadapbahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Rakyat juga berperanansebagai generasi yang mempunyai semangat cinta akan tanah air bersama semuabangsa di Malaysia dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu berpotensi untukdimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumatdan komunikasi. Ini bertujuan untuk membentuk Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmuyang mantap dan bertaraf antarabangsa.



http://www.scribd.com/doc/25420781/Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan-Dan-Kurikulum-Bahasa-Melayu




No comments:

Post a Comment