Wednesday 3 April 2013

REFLEKSI MEMBINA BLOG



Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing BMM3105,  yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam membina blog bagi  Pembelajaran Berpandukan Komputer.  Tugasan membina blog merupakan cabaran baru bagi saya kerana saya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ICT.  Namun dengan berkat kesabaran dan ketekunan serta bantuan dari pensyarah,  rakan-rakan sekuliah dan rakan-rakan di sekolah, saya dapat membina satu blog yang tidak sebaik mana jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ICT. 
            Tugasan membina blog adalah tugasan yang perlu saya laksanakan sepanjang Semester 3 ini dengan memuatkan pengisian bahan pembelajaran dari internet.  Arahan tugasan yang diberi oleh pensyarah secara berperingkat-peringkat untuk dimuatkan di dalam blog. Bahan-bahan dari internet agak mudah diperolehi tetapi yang menjadi masalah kepada saya adalah untuk memasukkan bahan tersebut di dalam blog.  Saya terpaksa meminta bantuan rakan di sekolah  yang banyak membantu saya dalam membina blog kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam perisian internet.
            Walaupun banyak kekangan masa dalam menyiapkan tugasan membina blog ini dengan tugasan di sekolah sebagai seorang guru, di rumah sebagai seorang ibu, isteri dan tugasan sebagai seorang pelajar.  Namun begitu, bukanlah menjadi alasan kepada saya untuk tidak mempelajarinya.  Dengan adanya sokongan dan bimbingan dari pensyarah, rakan-rakan sekuliah dan rakan-rakan di sekolah dapat memberi semangat kepada saya untuk terus menyempurnakan tugasan membina blog hingga ke penghujungnya. 

No comments:

Post a Comment